Oleh: bantahansalafytobat | November 16, 2010

BANTAHAN 13 : BATILNYA MENGATAKAN” MAZHAB AS SYAFI’E BERAQIDAH AL-ASY A’ARI “


AL IMAM ABU HASSAN ASYA’ARI

Al-Ibanah

Beliau adalah Abul-Hasan ‘Aliy bin Ismaa’iil bin Abi Bisyr Ishaaq bin Saalim bin Ismaa’iil bin ‘Abdillah bin Muusaa bin Amir kota Bashrah, Bilaal bin Abi Burdah bin sahabat Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, Abu Muusaa ‘Abdullah bin Qais bin Hadhaar Al-Asy’ariy Al-Yamaaniy Al-Bashriy. Ibnu ‘Asaakir membawakan riwayat dengan sanadnya sampai Abu Bakr Al-Wazaan bahwa Abul-Hasan lahir pada tahun 260 H. Akan tetapi, ada ulama lain yang mengatakan tahun 270 H. Wafat pada tahun 324 H, sebagaimana dikatakan Ibnu Hazm [selengkapnya lihat : Taariikh Baghdaad 13/260, Tabyiinul-Kadzibil-Muftariy, hal. 146, dan Siyaru A’laamin-Nubalaa’ 15/85 no. 51].

Abul-Hasan telah menghabiskan banyak umurnya tenggelam dalam ilmu kalam, dan menjadi tokohnya, dengan mengikuti mazhab Mu’tazillah. Akan tetapi Allah ta’ala telah memberikan kepadanya hidayah sehingga pulang kepada mazhab Ahlus-Sunnah dan berpegang dengannya. Bahkan setelah itu, beliau sangat aktif memberikan bantahan-bantahan kepada mazhab yang telah ditinggalkannya itu.

Ibnu Katsiir rahimahulah berkata : إن الأشعري كان معتزلياً فتاب منه بالبصرة فوق المنبر، ثم أظهر فضائح المعتزلة وقبائحهم “”Sesungguhnya Al-Asy’aari dulunya seorang Mu’taziliy, lalu bertaubat di kota Bashrah di atas mimbar. Kemudian ia menampakkan kekeliruan dan Penyimpangan Mu’tazilah” [Al-Bidaayah wan-Nihaayah, 11/187].

Az-Zahabi rahimahullah berkata : ولما برع في معرفة الاعتزال، كرهه وتبرأ منه، وصعد للناس، فتاب إلى الله تعالى منه، ثم أخذ يرد على المعتزلة، ويهتك عوارهم. قال الفقيه أبو بكر الصيرفي: كانت المعتزلة قد رفعوا رؤوسهم، حتى نشأ الاشعري فحجرهم في أقماع السمسم “Ketika telah pandai pengetahuannya akan mazhab Mu’tazilah, ia kemudian malah membencinya dan berlepas diri darinya. Dan tampillah ia di hadapan khalayak, lalu (mengumumkan) taubatnya kepada Allah ta’ala dari fahamannya sebelum itu. Setelah itu, ia aktif membantah Mu’tazilah dan membongkar penyimpangan-penyimpangan mereka. Telah berkata Al-Faqiih Abu Bakr Ash-Shairafiy : ‘Dulu (orang-orang) Mu’tazilah mendongakkan kepala-kepala mereka, hingga muncullah Al-Asy’aari yang merintangi mereka di lubang semut ” [As-Siyar, 15/86].

Ibnu ‘Asaakir rahimahullah berkata : وذكر أبو القسم حجاج بن محمد الطرابلسي من أهل طرابلس المغرب قال سألت أبا بكر اسماعيل بن ابي محمد بن اسحق الأزدي القيراوني المعروف بإبن عزرة رحمه الله عن أبي الحسن الأشعري رحمه الله فقلت له قيل لي عنه إنه كان معتزليا وإنه لما رجع عن ذلك أبقى للمعتزلة نكتا لم ينقضها فقال لي الأشعري شيخنا وإمامنا ومن عليه معولنا قام على مذاهب المعتزلة أربعين سنة وكان لهم إماما ثم غاب عن الناس في بيته خمسة عشر يوما فبعد ذلك خرج إلى الجامع فصعد المنبر وقال معاشر الناس إني إنما تغيبت عنكم في هذه المدة لأني نظرت فتكافأت عندي الأدلة ولم يترجح عندي حق على باطل ولا باطل على حق فاستهديت الله تبارك وتعالى فهداني إلى إعتقاد ما أودعته في كتبي هذه وانخلعت من جميع ما كنت إعتقده كما انخلعت من ثوبي هذا وإنخلع من ثوب كان عليه ورمى به ودفع الكتب إلى الناس…………. “Abul-Qaasim Hajjaaj bin Muhammad Ath-Tharaabulsiy dari kalangan penduduk Tharaablus, Maghrib, berkata : Aku pernah bertanya kepada Abu Bakr Ismaa’iil bin Abi Muhammad bin Ishaaq Al-Azdiy Al-Qairaawaniy yang dikenali dengan nama Ibnu ‘Azrah rahimahullah tentang Abul-Hasan Al-Asy’aari rahimahullah. Aku katakan kepadanya : ‘Telah dikatakan kepadaku bahwasannya Abul-Hasan dulunya seorang Mu’taziliy. Dan ketika rujuk/kembali, ia meningalkan bagi Mu’tazilah permasalahan usul yang tidak ia bahas ?’. Ibnu ‘Azrah berkata kepadaku : ‘‘Asy’aari adalah syeikh kami dan imam kami. Ia menganut mazhab Mu’tazilah selama empatpuluh tahun yang selama itu ia menjadi imam bagi mereka. Lalu tiba-tiba ia tidak menampakkan diri kepada khalayak (dan tinggal) di rumahnya selama limabelas hari. Setelah itu ia keluar menuju masjid jaami’ dan berdiri di atas mimbar. Ia berkata : ‘Wahai manusia sekalian, sesungguhnya aku tidak menampakkan diri di hadapan kalian dalam beberapa hari ini kerana aku meneliti. Banyak dalil terkumpul di sisiku, namun aku tidak boleh menimbang yang hak atas yang batil dan yang batil atas yang hak. Lalu aku memohon petunjuk kepada Allah tabaaraka wa ta’ala, lalu Ia pun memberikan petunjuk kepadaku kepada i’tiqad yang aku yakini dalam buku-buku ku ini. Aku menanggalkan seluruh ‘aqidahku yang dulu (Mu’tazilah) sebagaimana aku tanggalkan bajuku ini’. Lalu ia pun menanggalkan bajunya dan melemparkannya, dan memberikan beberapa bukunya kepada orang-orang….” [At-Tabyiin, hal. 39].

Sayyid Muhammad bin Muhamad Al-Husainiy Az-Zubaidiy rahimahullah yang terkenal dengan julukan Murtadhaa Al-Hanafiy, berkata : أبو الحسن الأشعري أخذ الكلام عن شيخ أبي علي الجبائي شيخ المعتزلة ، ثم فارقه لمنام رآه ، ورجع عن الاعتزال وأظهر ذلك إظهاراً ، فصعد منبر البصرة يوم الجمعة ونادى بأعلى صوته: من عرفني فقد عرفني ومن لم يعرفني فأنا فلان بن فلان كنت أقول بخلق القرآن وإن الله لايُرى في الدار الآخرة بالأبصار وإن العباد يخلقون أفعالهم وها أنا تائب من الغعتزال معتقداً الرد على المعتزلة ، ثم شرع في الرد عليم والتصنيف على خلافهم ، ……….قال ابن كثير: ذكروا للشيخ أبي الحسن الأشعري ثلاثة أحوال أولها حال الاعتزال التي رجع عنها ولا محالة والحال الثاني إثبات الصفات العقلية ؛ وهي الحياة والعلم ، والقدرة ، والارادة ، والسمع ، والبصر ، والكلام . زتأويل الخبرية كالوجة واليدين والقدم والساق ونحو ذلك، الحال الثالث إثبات ذلك كله من غير تكييف ولا تشبيه جرياً على منوال السلف وهي طريقته في الإبانة التي صنفها آخراً “Abul-Hasan Al-Asy’aari mengambil ilmu kalam dari gurunya, Abu ‘Aliy Al-Jubaaiy, pencinta Mu’tazilah. Lalu ia meninggalkannya disebabkan mimpi yang ia lihat. Kemudian ia rujuk dari Mu’tazilah dan menampakkan hal itu secara terang-terangan. Ia naik ke atas mimbar Bashrah di hari Jumaat dan menyeru dengan suara yang lantang : ‘Barangsiapa yang mengenalku, sungguh ia telah mengenalku. Dan barangsiapa yang belum mengenalku, maka aku adalah Fulaan bin Fulaan. Dulu aku pernah berkata Al-Qur’an itu makhluk, Allah tidak boleh dilihat di akhirat dengan penglihatan mata, dan manusia menciptakan perbuatan mereka sendiri. Sekarang aku bertaubat dari ‘aqidah Mu’tazilah dan (bahkan) membantah Mu’tazilah’. Kemudian ia mulai membantah Mu’tazilah dan menulis buku-buku tentangnya…. Berkata Ibnu Katsir : ‘Disebutkan bahwa Abul-Hasan mempunyai tiga keadaan (peringkat). Peringkat Mu’tazilah yang telah ia tinggalkan secara total. Peringkat Kedua, menetapkan sifat ‘aqliyyah Allah, iaitu : Al-Hayaah (Hidup), Al-‘Ilm (Mengetahui), Al-Qudrah (Berkuasa), Al-Iraadah (Berkehendak), As-Sam’ (Mendengar), Al-Bashar (Melihat), dan Al-Kalaam (Berkata-kata). Namun ia men-ta’wil sifat khabariyyah seperti Al-Wajh (Wajah), Al-Yadain (Dua Tangan), Al-Qadam (Kaki), As-Saaq (Betis), dan yang semisalnya. Peringkat Ketiga, menetapkan seluruh sifat Allah tanpa takyif, tasybiih, dan membiarkannya menurut metode/manhaj salaf. Dan itulah jalan yang ditempuhnya dalam Al-Ibaanah yang merupakan tulisannya terakhir kali” [Ittihaafus-Saadah Al-Muttaqiin, 2/3 – melaui perantaraan Abul-Hasan Al-Asy’aari oleh Hammaad Al-Anshaariy – maktabah saaid].

Az-Zahabi menyepakati adanya tiga peringkat dalam diri Abul-Hasan, namun dengan bahasa berbeza : فله ثلاثة أحوال: حال كان معتزلياً، وحال كان سنياً في البعض دون البعض، و حال كان في غالب الأصول سنياً، وهو الذي علمناه من حاله “Ia mempunyai tiga keadaan (peringkat) : Fasa awal sebagai seorang Mu’tazilah, Peringkat seorang Ahlus-Sunah dalam sebahagian perkara namun tidak di perkara lainnya, dan Peringkat secara umum ia berada di atas prinsip Ahlus-Sunnah. Itulah yang kami ketahui dari keadaannya” [Al-‘Arsy, 1/400]. Maka timbul pula pertanyaan yang pelik. Jika Abul-Hasan menyatakan telah merujuk dari ‘aqidah Mu’tazilah, lantas dimana posisi rujukkan beliau yang paling akhir ?

Beberapa ulama (Asyaa’irah) menjelaskan rujuknya beliau ini pada keyakinan Ibnu Kullaab (atau disebut peringkat Kullabiyyah). Jika merujuk pada perkataan Ibnu Katsiir di atas, maka peringkat Kullaabiyyah itu menetapkan sebahagian sifat Allah, dan menta’wil sebagian yang lain. Peringkat Kullaabiyyah inilah yang kemudian mereka sebut sebagai peringkat Ahlus-Sunnah (dan selanjutnya inilah yang ‘dianggap’ sebagai mazhab Asyaa’irah), sekaligus peringkat terakhir dalam perjalanan kehidupan beliau rahimahullah. Mereka tidak mengakui peringkat setelah Kullabiyyah, sebagaimana dijelaskan Ibnu Katsiir sebelumnya.

Ibnu ‘Asaakir rahimahullah menukil perkataan Ibnu Abi Zaid Al-Qairawaaniy yang menggolongkan Ibnu Kullaab sebagai tokoh Ahlus-Sunnah : والذي بلغنا إنه يتقلد السنة ويتولى الرد على الجهمية وغيرهم من أهل البدع يعني عبد الله بن سعيد بن كلاب “Dan khabar yang sampai kepada kami bahwasannya ia adalah seorang yang mengikuti sunnah (Ahlus-Sunnah) dan banyak membantah Jahmiyyah dan selain mereka dari kalangan ahlul-bida’. Ia adalah ‘Abdullah bin Sa’iid bin Kullaab” [At-Tabyiin, hal. 405]. Walau bagaimanapun, kita tidak menerima begitu saja tanpa ada satu bukti kuat yang mendasari. Perkataan yang dahulu dari kenyataan Ibnu Abi Zaid adalah Ibnu Khuzaimah sebagaimana dinukil Adz-Dzahabiy : فقد كان أحمد بن حنبل من أشد الناس على عبد الله بن سعيد بن كلاب، وعلى أصحابه مثل الحارث وغيره. “Ahmad bin Hanbal termasuk orang yang paling keras permusuhannya terhadap ‘Abdullah bin Sa’iid bin Kullaab dan rakan-rakannya seperti Al-Haarith (Al-Muhaasibiy) dan yang lainnya” [As-Siyar, 14/380].

Ibnu Khuzaimah adalah imam di zamannya dan lebih dekat dengan zaman Ahmad bin Hanbal dibandingkan Ibnu ‘Asaakir ataupun Ibnu Abi Zaid rahimahumullah. Ini sangat penting untuk diperhatikan kerana Abul-Hasan Al-Asy’aari sendiri berkata : قولنا الذي نقول به، وديانتنا التي ندين بها، التمسك بكتاب ربنا عز وجل، وبسنة نبينا محمد صلى الله عليه وآله وسلم، وما روى عن الصحابة والتابعين وأئمة الحديث، ونحن بذلك معتصمون، وبما كان يقول به أبو عبد الله أحمد بن محمد بن حنبل – نضر الله وجهه ورفع درجته وأجزل مثوبته – قائلون، ولما خالف قوله مخالفون “Perkataan kami yang kami berpendapat dengannya dan beragama dengannya adalah : Berpegang teguh kepada kitab Rabb kami ‘azza wa jalla, sunnah Nabi kami shallallaahu ‘alaihi wa aalihi wa sallam, dan apa yang diriwayatkan dari para sahabat, taabi’iin, dan para imam hadith. Kami berpegang teguh dengan itu semuanya. Dan juga pada pendapat yang dikatakan oleh Abu ‘Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal , semoga Allah mencerahkan wajahnya, mengangkat derajatnya, dan membalasnya dengan pahala – dan menyelisihi orang-orang yang menyelisihi pendapatnya“[Al-Ibaanah, hal. 8-9]. Abul-Hasan As-Subkiy rahimahullah pun mempersaksikan hal tersebut : أبو الحسن الأشعري كبير أهل السنة بعد الإمام أحمد ابن حنبل وعقيدته وعقيدة الإمام أحمد رحمة الله واحدة لاشك في ذلك ولا ارتياب وبه صرح الأشعري في تصانيفه وذكره غير مامرة من أتن عقيدتي هي عقيدة الإمام المبجل أحمد بن حنبل هذه عبارة الشيخ أبي الحسن في غير موضع من كلامه “Abul-Hasan Al-Asy’aari termasuk pembesar Ahlus-Sunnah pasca Al-Imam Ahmad bin Hanbal. ‘Aqidahnya dan ‘aqidah Al-Imaam Ahmad rahimahullah adalah satu.

Tidak ada keraguan tentang hal itu. Al-Asy’aari telah menjelaskannya dalam banyak tulisannya dan menyebutkannya berulang kali :‘’Aqidahku adalah ‘aqidah Al-Imam Al-Mujabbal Ahmad bin Hanbal’.” Ini adalah ucapan Asy-Syeikh Abul-Hasan pada beberapa tempat (dalam bukunya)” [Ath-Thabaqaat Asy-Syaafi’iyyah – melaui perantaraan Abul-Hasan Al-Asy’ariy oleh Hammaad Al-Anshaariy – maktabah saaid]. Selain Ibnu Khuzaimah, Ibnu Qudaamah Al-Maqdsiy Al-Hanbaliy rahimahumallah juga berkata : ومن السنة هجران أهل البدع ومباينتهم وترك الجدال والخصومات في الدين وترك النظر في كتب المبتدعة والإصغاء إلى كلامهم وكل محدثة في الدين بدعة. وكل متسم بغير الإسلام والسنة مبتدع كالرافضة والجهمية والخوارج والقدرية والمرجئة والمعتزلة والكرام والكلابية ونظائرهم فهذه فرق الضلال وطوائف البدع أعاذنا الله منها “Termasuk bahagian dari sunnah adalah meninggalkan ahlul-bida’ dan menjauhi mereka. Tidak melakukan perdebatan dengan mereka di dalam agama, meninggalkan kitab-kitab yang berisi ajaran bid’ah dan tidak mendengar pembicaraan mereka. Dan setiap perkara yang baru dalam agama adalah bid’ah. Setiap orang yang memakai ciri-ciri selain Islam dan sunnah adalah mubtadi’, seperti : Raafidlah, Jahmiyyah, Khawaarij, Al-Qadariyyah, Murji’ah, Mu’tazilah, Karraamiyyah, Kullaabiyyah, dan yang semisal dengannya. Semua itu adalah kelompok yang sesat dan golongan ahlul-bida’. Kita berlindung kepada Allah darinya” [Syarh Lum’atul-I’tiqaad li Ibni Qudaamah oleh Shaalih Al-Fauzaan, hal. 264-284]. Namun begitu, sebagaimana telah disebutkan, mazhab Ibnu Kullaab menetapkan banyak sifat-sifat Allah yang lebih berkesesuaian dengan mazhab salaf. Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata : عبد الله بن سعيد بن كلاب البصري الذي صنف مصنفات رد فيها على الجهمية والمعتزلة وغيرهم وهو من متكلمة الصفاتية…. وكان ممن اتبعه الحارث المحاسبي وأبو العباس القلانسي ثم أبو الحسن الأشعري. “’Abdullah bin Sa’id bin Kullaab Al-Bashriy yang menulis banyak karangan yang membantah kelompok Jahmiyah, Mu’tazilah, dan yang lainnya, merupakan ahli kalam yang menetapkan sifat-sifat Allah (shifaatiyyah)….. Dan orang yang mengikutinya adalah Al-Haarith Al-Muhaasibiy, Abul-‘Abbaas Al-Qalaanisiy, kemudian Abul-Hasan Al-Asy’aari” [Majmuu’ Al-Fataawaa, 12/366]. Az-Zahabi mengatakan tentangnya : والرجل أقرب المتكلمين إلى السنة، بل هو في مناظريهم “Seorang laki-laki ahli kalam yang lebih dekat kepada sunnah (Ahlus-Sunnah), bahkan ia termasuk ahli debat mereka” [As-Siyar, 11/175]. Perkataan Az-zahabi ‘lebih dekat kepada sunnah (Ahlus-Sunnah)’ secara zahir menjelaskan bahawa dalam beberapa pokok permasalahan tertentu, ia menyelisihi pokok-pokok ‘aqidah Ahlus-Sunnah. Salah satu cara yang paling ‘adil adalah dengan membezakan, terutama pada hal-hal pokok masalah keimanan (yang membezakan antara Ahlus-Sunnah dengan selainnya). Kita akan sedikit ulasan dengan Kenyataan Abul-Hasan Al-Asy’aari bahwa mazhabnya dalam masalah ‘Aqidah adalah mazhab Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah. Akan saya contohkan beberapa masalah yang sering dibahas secara kritikil di berbagai kesempatan (iaitu dalam sebahagian lingkup tauhid al-asmaa’ wash-shifaat) : 1. Masalah penetapan sifat dzaatiyyah Allah ta’ala seperti wajah, tangan, kaki, dan semisalnya. Abul-Hasan Al-Asy’aari menjelaskan pegangannya dalam hal ini : حكم كلام الله تعالى أن يكون على ظاهره وحقيقته، ولا يخرج الشيء عن ظاهره إلى المجاز إلا بحجة ….. كذلك قوله تعالى: (لما خلقت بيدي) على ظاهره أو حقيقته من إثبات اليدين ……بل واجب أن يكون قوله تعالى: (لما خلقت بيدي) إثبات يدين لله تعالى في الحقيقة غير نعمتين إذا كانت النعمتان لا يجوز عند أهل اللسان أن يقول قائلهم: فعلت بيدي، وهو يعني النعمتين “Hukum dari (makna) firman Allah ta’ala adalah sesuai dengan zahir dan hakikatnya. Tidak boleh diubahkan sedikitpun dari makna zahirnya kepada makna majaaz kecuali dengan hujah… Begitu pula dengan makna firman Allah ta’ala : ‘kepada yang telah Aku ciptakan dengan kedua tangan-Ku’ (QS. Shaad : 75) adalah sebagaimana zahirnya dan hakikatnya dari penetapan sifat dua tangan (Allah)…. Bahkan wajib untuk menjadikan makna firman Allah ta’ala : ‘kepada yang telah Aku ciptakan dengan kedua tangan-Ku’ untuk menetapkan dua tangan untuk Allah ta’ala secara hakikatnya, bukan dengan makna dua nikmat. Kerana dalam bahasa ‘Arab tidak boleh seseorang mengatakan : ‘amiltu bi-yadai (aku berbuat dengan dua tanganku), dengan makna dua nikmat” [Al-Ibaanah, hal. 41]. ‘Aqidah Abul-Hasan adalah ‘aqidah Al-Imaam Ahmad bin Hanbal rahimahumallaah sebagaimana tertera dalam Kitaabul-‘Aqiidah saat menjelaskan sifat wajah : ومذهب أبي عبد الله أحمد بن حنبل رضي الله عنه أن لله عز وجل وجها لا كالصور المصورة والأعيان المخططة بل وجهة وصفه بقوله {كل شيء هالك إلا وجهه} ومن غير معناه فقد ألحد عنه وذلك عنده وجه في الحقيقة دون المجاز “Dan mazhab Abu ‘Abdillah Ahmad bin Hanbal radlhiyallaahu ‘anhu, bahwasanya Allah ‘azza wa jallaa mempunyai wajah yang tidak seperti bentuk-bentuk (makhluk-Nya) dan benda-benda yang terlukis. Bahkan sifat wajah telah Ia sifatkan dengan firman-Nya : ‘segala sesuatu pasti binasa kecuali wajah-Nya’ (QS. Al-Qashshaash : 88). Dan barangsiapa yang mengubah maknanya, sungguh ia telah berbuat ilhad kepada-Nya. Sifat wajah itu menurutnya (Al-Imam Ahmad) adalah sebagaimana hakikatnya, bukan dalam makna majaz” [Kitaabul-‘Aqiidah, riwayat A-Khallaal, hal. 103]. Ibnu ‘Abdil-Barr – sebagaimana dikutip oleh Az-zahabi dalam kitab Al-‘Ulluw – berkata : أهل السنة مجمعون على الإقرار بالصفات الواردة في الكتاب والسنة وحملها على الحقيقة لا على المجاز إلا أنهم لم يكيفوا شيئا من ذلك . وأما الجهمية والمعتزلة والخوارج فكلهم ينكرها ولا يحمل منها شيئا على الحقيقة ويزعمون أن من أقر بها مشبه وهم عند من أقر بها نافون للمعبود “Ahlus-Sunnah telah bersepakat untuk mengakui sifat-sifat yang terkandung dalam Al-Kitab dan As-Sunnah dan membawanya kepada makna hakikat, tidak kepada makna majaaz. Namun, mereka tidak men-takyif sesuatupun dari sifat-sifat tersebut. Adapun Jahmiyah. Mu’tazilah, dan Khawaarij; semuanya mengingkarinya dan tidak membawanya kepada makna hakikatnya. Dan mereka menyangka bahwa siapa saja yang mengatakannya (iaitu membawa makna sifat Alah sesuai dengan hakikatnya) bererti telah menyerupakan-Nya dengan makhluk. Padahal, mereka di sisi orang yang menetapkan sifat Allah secara hakiki, sama saja menafikkan yang disembah (iaitu Allah)” [Mukhtashar Al-‘Ulluw, hal. 268-269 no. 328]. Jumhur Asyaa’irah dalam hal ini menerapkan metode tafwiidl (menyerahkan maknanya kepada Alah ta’ala) dan sebahagian mereka memilih metode ta’wiil. Namun mereka sepakat menolak menetapkan sifat Allah sebagaimana zahirnya atau hakikatnya (haqiqiy). Cukuplah satu bait syi’ir dalam kitab Al-Jauharah berikut sebagai bukti : وكل نص أوهم التشبيها * اوله أو فوض ورم تنزيها “Setiap nas yang mengandung penyerupaan (terhadap makhluk) takwilkanlah atau serahkanlah dan berishkanlah Allah (dari kekurangan)”. Dan inilah praktik ta’wil Asyaa’irah yang diwakili oleh Abu Manshuur ‘Abdul-Qaahir Al-Baghdaadiy Al-Asy’ariy rahimahullah وقد تأول بعض أصحابنا هذا التأويل – أي : تأويل اليد بالقدرة – وذلك صحيح على المذهب “Sebagian sahabat kami memang telah melakukan ta’wil dalam perkara ini – iaitu ta’wil sifat tangan dengan kekuasaan (qudrah) – . Hal itu sahih dalam mazhab” [Ushuuluddiin, hal. 111]. Hampir menjadi satu kenyataan terlekat jika ada orang yang menetapkan sifat dua tangan kepada Allah ta’ala secara hakiki, tuduhan-tuduhan mujassimah/musyabihah akan terpalit kepadanya, terutama sekali dari lisan-lisan Asy’aariyyuun. Kesimpulan kita, ‘aqidah Abul-Hasan Al-Asy’aari dan Ahmad bin Hanbal rahimahumallaah pada usul ini secara umum berbeza dengan ‘aqidah Asyaa’irah. 2. Masalah penetapan sifat istiwaa’ dan fauqiyyah Allah ta’ala. Abul-Hasan Al-Asy’aari rahimahullah berkata : وقال تعالى حاكيا عن فرعون لعنه الله: (يا هامان ابن لي صرحا لعلي أبلغ الأسباب أسباب السماوات فأطلع إلى إله موسى وإني لأظنه كاذبا)، كذب موسى عليه السلام في قوله: إن الله سبحانه فوق السماوات . وقال عز وجل: (أأمنتم من في السماء أن يخسف بكم الأرض) فالسماوات فوقها العرش، فلما كان العرش فوق السماوات قال: (أأمنتم من في السماء) … لأنه مستو على العرش الذي فوق السماوات، وكل ما علا فهو سماء، والعرش أعلى السماوات، وليس إذا قال: (أأمنتم من في السماء) يعني جميع السماوات، وإنما أراد العرش الذي هو أعلى السماوات، ألا ترى الله عز وجل ذكر السماوات، فقال تعالى: (وجعل القمر فيهن نورا) ، ولم يرد أن القمر يملأهن جميعا، وأنه فيهن جميعا، ورأينا المسلمين جميعا يرفعون أيديهم إذا دعوا نحو السماء؛ لأن الله تعالى مستو على العرش الذي هو فوق السماوات، فلولا أن الله عز وجل على العرش لم يرفعوا أيديهم نحو العرش “Allah ta’ala juga berfirman mengenai hikayat/cerita Fir’aun : ‘Dan berkatalah Firaun: “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (iaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta” (QS. Al-Mukmin : 36-37). Fir’aun mendustakan Musa ‘alaihis-salaam yang mengatakan : ‘Sesungguhnya Allah subhaanahu wa ta’ala berada di atas langit. Allah ‘azza wa jallaa berfirman : ‘Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahwa Dia akan menjungkirbalikkan bumi bersama kamu’ (QS. Al-Mulk : 16). Yang berada di atas langit adalah ‘Arsy (dimana Allah bersemayam/ber-istiwaa’ di atasnya). Ketika ‘Arsy berada di atas langit, maka segala sesuatu yang berada di atas disebut langit (as-samaa’). Dan bukanlah yang dimaksud jika dikatakan : ‘Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit’ ; iaitu semua langit, namun yang dimaksud adalah ‘Arsy yang berada di puncak semua langit. Tidakkah engkau melihat bahwasannya ketika Allah ta’ala menyebutkan langit-langit, Dia berfirman : ‘Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya’ (QS. Nuuh : 16) ? Bukanlah yang dimaksud bahwa bulan memenuhi seluruh langit dan berada di seluruh langit. Dan kami melihat seluruh kaum muslimin mengangkat tangan mereka – ketika berdoa – ke arah langit, kerana (mereka berkeyakinan) bahwa Allah ta’ala ber-istiwaa’ di atas ‘Arsy yang berada di atas semua langit. Jika saja Allah ‘azza wa jallaa tidak berada di atas ‘Arsy, tentu mereka tidak akan mengarahkan tangan mereka ke arah ‘Arsy” [Al-Ibaanah, hal. 33-34]. Tidak berbedz dengan yang dikatakan oleh Al-Imaam Ahmad bin Hanbal, sebagaimana dibawakan oleh Ibnu Abi Ya’laa rahimahumallaah : قيل لأبي عبد الله : والله تعالى فوق السماء السابعة على عرشه بائن من خلقه. وقدرته وعلمه بكل مكان ؟. قال : نعم، على عرشه لا يخلو شيء من علمه “Dikatakan kepada Abu ‘Abdillah : ‘(Apakah) Allah ta’ala berada di atas langit yang tujuh, di atas ‘Ars-Nya, terpisah dari makhluk-Nya. Adapun Kekuasan-Nya dan Ilmu-Nya berada di setiap tempat ?’. Beliau menjawab : ‘Benar, (Allah) berada di atas ‘Arsy-Nya. Tidak ada sesuatupun yang luput dari Ilmu-Nya” [Thabaqaat Al-Hanaabilah 1/341 – melalui perantaraan Al-Masaailu war-Rasaailu Al-Marwiyyatu ‘an Al-Imaam Ahmad fil-‘Aqiidah, 1/318 no. 306]. Adapun pendapat Asyaa’irah sebagai berikut : “Tujuan penulisan dari pasal ini adalah untuk menetapkan bahwa Allah tidak memerlukan tempat dan arah. Berbeza dengan kaum Karramiyyah, Hasyawiyyah dan Musyabbihah yang mengatakan bahawa Allah berada di arah atas. Bahkan sebahagian dari kelompok-kelompok tersebut mengatakan bahwa Allah bertempat atau bersemayam di atas arsy. Jelas mereka kaum yang sesat. Allah Maha Suci dari keyakinan kelompok-kelompok tersebut. Dalil akal bahwa Allah Maha Suci dari tempat adalah kerana apabila ia memerlukan kepada tempat maka bererti tempat tersebut adalah qadim sebagaimana Allah Qadim. Atau sebaliknya, bila Allah memerlukan tempat maka bererti Allah baharu sebagaimana tempat itu sendiri baharu. Dan kedua pendapat semacam ini adalah keyakinan kufur. Kemudian bila Allah bertempat atau bersemayam di atas arsy, seperti yang diyakini mereka, maka bererti tidak lepas dari tiga keadaan. Bisa sama besar dengan arsy, atau lebih kecil, dan atau lebih besar dari arsy. Dan semua pendapat semacam ini adalah kufur, kerana telah menetapkan adanya ukuran, batasan dan bentuk bagi Allah. Dalil akal lain bahwa Allah ada tanpa tempat dan tanpa arah ialah jika kita umpamakan sewaktu-waktu seseorang telah diberi kekuatan besar oleh Allah untuk dapat naik terus menerus ke arah atas maka -sesuai keyakinan golongan sesat di atas- ia memiliki dua kemungkinan; boleh jadi ia sampai kepada-Nya atau boleh jadi ia tidak sampai. Jika mereka mengatakan tidak sampai maka bererti mereka telah menafikan adanya Allah. Kerana setiap dua sesuatu yang ada antara keduanya pasti memiliki arah dan jarak. Dan seandainya salah satunya memotong jarak tersebut dengan terus menerus mendekatinya namun ternyata tidak juga sampai maka bererti sesuatu tersebut adalah ruang; tidak ada. Kemudian jika mereka mengatakan bahwa orang yang naik tersebut boleh sampai kepada-Nya maka bererti dalam keyakinan mereka Allah dapat terbentuk dan dapat disentuh, dan ini jelas keyakinan kufur. Kemudian dari pada itu, keyakinan semacam ini juga menetapkan adanya dua kekufuran lain. Pertama; berkeyakinan bahawa alam ini qadim, tidak memiliki permulaan. Kerana -dalam keyaikinan kita- salah satu bukti yang menunjukan bahwa alam ini baharu ialah adanya sifat berpisah dan bersatu padanya. Kedua; keyakinan tersebut sama juga dengan menetapkan kebolehan adanya anak dan isteri bagi Allah” [dari perkataan Abu Sa’iid Al-Mutawalliy dalam Al-Ghun-yah fii Ushuliddiin – Jawapan kepadanya ‘aqlaniyyah. Abul-Hasan Al-Asy’aari sangat mengingkari ta’wil istiwaa’ dengan istilaa’ (menguasai) sebagaimana perkataannya : وقالت المعتزلة أن الله استوى على عرشه بمعنى استولى “Mu’tazilah berkata bahwasanya Allah ber-istiwaa’ di atas ‘Arsy-Nya dengan makna berkuasa (istaulaa)” [Maqaalaatul-Islaamiyyiin, 1/284]. وكذا لو كان مستويا على العرش بمعنى الإستيلاء، لجاز أن يقال : هو مستو على الأشياء كلها ولم يجز عند أحد من المسلمين أن يقول : إن الله مستو على الأخلية والحشوش، فبطل أن يكون الإستواء [على العرش] : الإستيلاء. “Begitu pula apabila istiwaa’ di atas ‘Arsy itu bermakna menguasai (istilaa’), maka akan bersamaani untuk membolehkan perkataan : ‘Allah ber-istiwaa’ di atas segala sesuatu’. Namun tidak ada seorang pun dari kaum muslimin yang membolehkan untuk berkata : ‘Sesungguhnya Allah ber-istiwaa’ di tanah-tanah kosong dan rerumputan’. Oleh kerana itu, terbuktilah kebatilan perkataan bahwa makna istiwaa’ (di atas ‘Arsy) adalah istilaa’ (menguasai)” [Al-Ibaanah, hal. 34]. Penyimpangan, Asyaa’iriyah malah menetapkannya : “Jika ada yang mengatakan bahawa memaksudkan istawa dengan istaula (menundukkan) memberikan pemahaman bahawa seakan-akan Allah sebelumnya tidak menguasai arsy lalu kemudian Allah menundukkan dan menguasainya, Yang Sebanarnya menjawab perkara ini , Jika demikian bagaimana dengan firman Allah: Wa Huwa al-Qahur Fawqa ’Ibadih” (QS. al-An’am: 18), yang dengan jelas mengatakan bahwa Allah menguasai para hamba-Nya, adakah itu bererti sebelum Allah menciptakan para hamba tersebut Dia tidak menguasai mereka?! Adakah itu bererti Allah tidak menguasai mereka lalu kemudian menguasai dengan menundukkan mereka?! Bagaimana mungkin dikatakan demikian, padahal para hamba itu adalah makhluk-makhluk yang baru, Allah yang menciptakan mereka dari tidak ada menjadi ada. Justru sebaliknya, –kita katakan kepada mereka– (kaum Musyabbihah): Jika makna ayat tersebut seperti yang kalian dan orang-orang bodoh sangka bahwa Allah bertempat dengan zat-Nya di atas arsy, maka itu bererti menurut kalian Allah berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain, kerana arsy itu maklhuk Allah. Ertinya menurut pendapat kalian Allah berubah dari tidak perlu kepada arsy kemudian menjadi perlu pula kepadanya setelah Dia menciptakannya. (Dengan demikian harus difahami bahwa arsy itu baru, sementara istawa adalah sifat Allah yang azali). Maka itu, makna bahwa makna Allah Maha Tinggi adalah dalam pengertian keagungan dan derajat-Nya, bukan dalam pengertian tempat, kerana Allah Maha Suci dari memerlukan kepada tempat dan arah” [Ithaf as-Sadah al-Muttaqin Bi Syarh Ihya’ ’Ulumiddin, Para ulama salaf, tidak mengenal pengertian istiwaa’ dengan istilaula’ (menguasai). Muhammad bin Ahmad bin Nadlr bin Binti Mu’awiyyah bin ’Amru rahimahullah berkata : كان أبو عبد الله الأعرابي جارنا وكان ليلة أحسن ليل وذكر لنا أن ابن أبي دؤاد سأله أتعرف في اللغة استوى بمعنى إستولى فقال لا أعرفه “Abu ‘Abdillah Al-A’rabiy adalah tetangga kami. Malam-malamnya adalah malam paling indah. Diceritakan kepada kami bahwa Ibnu Abi Du’ad bertanya kepadanya : “Apakah engkau mengetahui dalam bahasa Arab bahwa makna istawaa (bersemayam) itu adalah istaulaa’ (menguasai) ?”. Maka beliau menjawab : “Aku tidak mengetahuinya” [Diriwayatkan oleh Az-zahabi dalam Al-‘Ulluw, berserta Mukhtashar-nya oleh Al-Albani hal. 194 no. 240; dengan sanad jayyid]. Abul-Hasan Al-Asy’aari berhujjah dengan hadith Mu’aawiyyah bin Al-Hakam radlhiyallaahu ‘anhu tentang sifat istiwaa’ Allah ta’ala di atas ‘Arsy, dengan perkataannya : وروت العلماء أن رجلا أتى النبي صلى الله عليه وسلم بأمة سوداء فقال: يا رسول الله إني أريد أن أعتقها في كفارة، فهل يجوز عتقها ؟ فقال لها النبي صلى الله عليه وسلم: أين الله ؟ قالت: في السماء، قال فمن أنا ؟ قالت: أنت رسول الله، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: أعتقها فإنها مؤمنة . وهذا يدل على أن الله عز وجل على عرشه فوق السماء. “Dan para ulama meriwayatkan bahwasannya ada seorang laki-laki mendatangi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dengan budak perempuannya yang berkulit hitam. Ia berkata : ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin membebaskannya untuk kaffarah. Apakah aku boleh membebaskannya ?’. Lalu Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepada budak tersebut : ‘Di manakah Allah ?’. Budak itu menjawab : ‘Di langit’. Beliau kembali bertanya : ‘Siapakah aku ?’. Ia menjawab : ‘Engkau adalah utusan Allah’. Maka Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Bebaskanlah ia, kerana sesungguhnya ia wanita mukminah’. Hadith ini menunjukkan bahwa Allah ‘azza wa jalla di atas ‘Arsy-Nya yang berada di atas langit” [Al-Ibaanah, hal. 36-37]. Namun apa yang dilakukan oleh para pengaku Asy’ariyyuun ? Mereka menolaknya, dan bahkan membuat berbagai helah untuk melemahkannya. Contohnya, seperti yang dilakukan oleh pengaku Asy’ariyyuun : Hasan As-Saqqaaf, yang kemudian diikuti oleh muqallid-nya Kesimpulan kita, ‘aqidah Abul-Hasan Al-Asya’ari dan Ahmad bin Hanbal rahimahumallaah pada usul ini berbeza dengan ‘aqidah Asyaa’riyah. 3. Masalah Kalamullah. Abul-Hasan Al-Asy’aari rahimahullah berkata : باب الكلام في أن القرآن كلام الله غير مخلوق : إن سأل سائل عن الدليل على أن القرآن كلام الله غير مخلوق قيل له الدليل على ذلك قوله تعالى: (ومن آياته أن تقوم السماء والأرض بأمره) وأمر الله كلامه “Bab : Perkataan bahwasannya Al-Qur’an adalah Kalamullah bukanlah makhluk. Apabila ada orang yang bertanya tentang dalil bahwasannya Al-Qur’an adalah Kalaamullah, bukan makhluk. Katakanlah kepada mereka : Dalil akan hal itu adalah firman-Nya ‘azza wa jalla dari ayat-Nya : ‘Dan di antara tanda-tanda kekuasan-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan perintah-Nya’ (QS. Ruum : 25). Perintah Allah di sini adalah kalaam-Nya. …[Al-Ibaanah, hal. 20]. Adapun Asyaa’iriyah, maka mereka membuat teori pemisahan antara makna dan lafaz. Al-Baijuuriy rahimahullah berkata : ومذهب أهل السنة أن القرآن بمعنى كلام النفسي ليس بمخلوق، وأما القرآن بمعنى اللفظ الذي نقرؤه فهو مخلوق. لكن يمتنع أن يقال : القرآن مخلوق ويراد به اللفظ لذي نقرؤه إلا في مقام التعليم، لأنه ربما أوهم أن القرآن بمعنى كلامه تعالى مخلوق، ولذلك امتنعت الأئمة من القول بخلق القرآن “Mazhab Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah (maksudnya : mazhab Asyaa’irah’) menyatakan bahwa Al-Qur’an dengan makna al-kalaamun-nafsiy (iaitu : yang berasal dari diri Allah ta’ala) bukanlah makhluk. Adapun Al-Qur’aan dengan makna lafaz yang kita baca, maka ia adalah makhluk. Akan tetapi terlarang untuk dikatakan : Al-Qur’an adalah makhluk – yang dimaksudkan dengannya adalah lafaz yang kita baca, kecuali dalam hubungan pengajaran. Kerana, perkataan tersebut boleh disalah ertikan bahwa Al-Qur’an dengan makna kalam-Nya ta’ala (al-kalaamun-nafsiy ) adalah makhluk. Dengan alasan itulah para imam melarang terhadap perkataan Al-Qur’an adalah makhluk” [Hasyiyyah Al-Baijuriy ‘alaa Jauharit-Tauhiid. 160]. والحاصل أن كل ظاهر من الكتاب والسنة دل على حدوث القرآن فهو محمول على اللفظ المقروء لا على الكلام النفسي، لكن يمتنع أن يقال : القرآن مخلوق إلا في مقام التعليم كما سبق “Kesimpulan (dari perbahasan ini), bahwa setiap nas yang nampak dari Al-Qur’an dan As-Sunnah menunjukkan huduutsul-Qur’aan dibawa pada pengertian lafaz yang terbaca, bukan pada al-kalaamun-nafsiy. Akan tetapi tetap terlarang untuk dikatakan : Al-Qur’an adalah makhluk, kecuali dalam hubungan pengajaran sebagaimana yang telah lalu (penyebutannya)” [idem, hal. 162].[6] Sehubungi dari ‘aqidah ini, Asyaa’irah mengeluarkan lafaz yang terdiri dari huruf dan suara dari cakupan Kalamullah. Dengan kata lain, Allah tidaklah berfirman dengan huruf dan suara, kerana keduanya adalah makhluk. Mereka (Asyaa’irah) berkata : كلام الله كلام نفسي بدون حرف ولا صوت ولا يتجزأ ولا يتبعَّض ، وليس فيه أمر ولا نهي ، ولا خبر ولا استخبار ، أما التوراة والإنجيل والقرآن فليس كلام الله على الحقيقة بل هو مخلوق وهو كلام الله مجازا لأنه دال على كلام الله النفسي “Kalamullah adalah kalam nafsi tanpa huruf, tanpa suara, tidak terurai, dan tidak terbahagi. Pada nya tidak terdapat perintah dan larangan, bukan khabar dan bukan pula meminta khabar. Adapun Taurat, Injil, dan Al-Qur’an; bukan firman Allah secara hakiki, akan tetapi semuanya makhluk, hanya saja itu adalah firman Allah secara majaziy (kiasan) kerana menunjukan kepada kalam nafsiy Allah” [I’tiqaad Ahlis-Sunnah Syarh Ashhaabil-Hadiith, oleh Dr. Al-Khumais, hal. 67]. Al-Baaqilaaniy berkata : ولا يجوز أن يطلق على كلامه شيء من أمارات الحدث من حرف ولا صوت “Dan tidak boleh memutlakkan firman-Nya dari tanda-tanda kemakhlukan seperti huruf dan suara” [Al-Inshaaf, hal. 111 – melalui Al-Asyaa’irah fii Mizaani Ahlis-Sunnah hal. 486]. Al-Baijuuriy berkata tentang sifat kalam bagi Allah ta’ala : صفة أزلية قائمة بذاته تعالى ليست بحرف ولا صوت “Sifat azaliyyah yang ada pada zat-Nya ta’ala tidaklah dengan huruf dan suara” [Syarh Jauharut-Tauhiid, hal. 129 – melaui perantaraan Al-Asyaa’irah fii Mizaani Ahlis-Sunnah hal. 486]. Dr. Hamzah Harun Al-Rasyid menegaskan : “Asy’aari dalam menanggapi pendapat itu meninjaunya kepada dua aspek. Pertama: Kalam Nafsi, iaitu menjurusi yang berada pada zat Tuhan, dan kedua: Kalam Lafzhy, iaitu penanda-penanda yang menunjukkan kepada jurusnya tersebut, termasuk diantaranya lafaz-lafaz dan huruf-huruf serta suara-suara yang diturunkan Allah kepada Nabi- nabi-Nya. Asy’aari mengatakan: Yang pertama adalah Qadim dan yang kedua adalah Hadits (baru) dan makhluq, tidak kekal” Ini adalah pembahagian bid’ah yang tidak pernah dikatakan siapapun sebelumnya. Tidak Abul-Hasan Al-Asy’aari, Al-Haarith Al-Muhaasibiy, atau bahkan Jahmiyyah. Al-Qur’an adalah kalaamullah yang terdiri dari huruf dan suara. Kalam-Nya dapat didengar oleh siapa saja yang Ia kehendaki dari makhluk-Nya. Inilah mazhab salaf. ‘Abdullah bin Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata : سألتُ أبي رحمه الله عن قوم يقولون : لما كلم الله عز وجل موسى لم يتكلم بصوت، فقال : بلى إن ربك عز وجل تكلم بصوت، هذه الأحاديث نرويها كما جاءت “Aku bertanya kepada ayahku rahimahullah tentang satu kaum yang berkata : ‘Ketika Allah ‘azza wa jalla berbicara kepada Musa, Ia tidak berbicara dengan suara’. Maka ayahku berkata : ‘Akan tetapi, sesungguhnya Rabb kalian ‘azza wa jala berbicara (kepada Musa) dengan suara. Hadith-hadith ini kami riwayatkan sebagaimana datangnya” [As-Sunnah 32/ – melalui perantaraan Al-Masaailu war-Rasaailu Al-Marwiyyatu ‘an Al-Imaam Ahmad fil-‘Aqiidah, 1/302 no. 288]. Pada akhir sekali jelas lah bahawa Penyimpangan bagi Penganut Asya’ariyah DALAM bab Sifat Allah dan berbagai penyelewengan fakta Aqidah yang sebenar oleh Al Imam Abul Hassan Asy’aari . Imam Abu Hassan Asy’aari sendiri mengakui Murni nya Aqidah Al Imam Ahmad Bin Hambal, Aqidah yang bersih daripada Aqidah Muktazillah ,Jahmiyaah dan Wihdatul Wujud dan yang lain-lain. Bagi kita umat yang di belakang ini , marilah kita bersama-sama mengembalikan Kegemilangan Aqidah yang Sahihah dengan Mencontohi umat terbaik yang di nukil kan oleh Nabi salallahualaihiwasalam .

Rujukan :

1.Kitab Al Ibanaah (Imam Abu Hassan Asya’ari)

2.Bertaubatnya Imam Abu Hassan Asya’ari (Abu Jauzaa’)


Responses

  1. Bagaimana pendapat anda tentang hadits ini? “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” (HR. Imam Ahmad)”.Perlu diketahui yang menaklukkan konsatantinopel adalah Sultan Muhammad Al Fatih yg beraqidah Asy’ariyyah

    Seperti maklum diketahui dan dicatat oleh sejarah bahwa Sultan Muhammad al Fatih adalah Asy’ari Maturidi, meyakini bahwa Allah ada tanpa tempat. Dengan demikian hadits ini adalah busyra (berita gembira) bagi seluruh Ahlussunnah, al Asy’ariyyah dan al Maturidiyyah bahwa aqidah mereka sesuai dengan aqidah Rasulullah, maka berbahagialah orang yang senantiasa mengikuti jalan mereka.

    Beliau bersama pasukannya termasuk pengikut setia Ahlus Sunnah wal Jamaah madzhab Al Asyari, mencintai kaum sufi, bertawassul, mengikuti tarekat sufi dengan mursyidnya Maulana Syaikh Aqa Syamsuddin, merayakan mawlid nabi, dan tradisi sufi lainnya, sebagaimana diterangkan oleh Syaikh Walid al Sa’id dalam kitabnya Tabyin Dhalalat al Albani Syaikh al Wahhabiyah al Mutamahdits.

    Aqidah al Asy’ariyyah dan al Maturidiyyah adalah aqidah kaum muslimin dari kalangan Salaf dan Khalaf, aqidah para khalifah dan Sultan, seperti sultan Shalahuddin al Ayyubi ra. Sultan Shalahuddin al Ayyubi adalah seorang ‘alim, penganut aqidah Asy’ariyyah dan madzhab Syafi’i, hafal al Qur’an dan kitab at-Tanbih dalam fiqh Syafi’i serta sering menghadiri majlis-majlis ulama hadits.

    Beliau memerintahkan agar dikumandangkan aqidah Sunni Asy’ariyyah dari atas menara masjid sebelum shalat Subuh di Mesir, al Hijaz (Makkah dan Madinah), dan di seluruh Negara Syam (Syiria, Yordania, Palestina dan Lebanon). Al Imam Muhammad ibn Hibatillah al Barmaki menyusun untuk Sultan Shalahuddin al Ayyubi sebuah risalah dalam bentuk nazham berisi aqidah Ahlussunnah dan ternyata sultan sangat tertarik dan akhirnya memerintahkan agar aqidah ini diajarkan kepada umat Islam, kecil dan besar, tua dan muda, sehingga akhirnya risalah tersebut dikenal dengan nama al Aqidah ash- Shalahiyyah. Risalah ini di antaranya memuat penegasan bahwa Allah Maha Suci dari benda (jism), sifat-sifat benda dan Maha Suci dari arah dan tempat.

    Nabi Muhammad memberikan penjelasan makna “kaum yang Alloh mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya” adalah kaum Abu Musa al Asyari, berdasarkan hadits Shohih:

    “Ketika ayat ‘Alloh akan mendatangkan suatu kaum yang Alloh mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya’ , maka Rasulullah saw. bersabda sambil menunjuk kepada Abu Musa al Asyari: ‘Mereka adalah kaumnya laki-laki itu.’” HR al Hakim dalam al Mustadrak dan menilainya Shohih sesuai persyaratan Imam Muslim, dan disetujui oleh Al Hafidz Adz Dzahabi.

    • Iya tuh, sudah dijawab pertanyaannya di blog abul jauza. Sukron akh ajam..

  2. ahmad suharto…

    komentar anda seperti ini sudah pernah dibantah oleh Ustadz Abul Jauzaa.

    http://abul-jauzaa.blogspot.com/2010/02/paham-asyariyyah-adalah-cucu-paham.html


Kategori

%d blogger menyukai ini: